Kelab Blogger Ben Ashaari

Thursday, 12 March 2015

MOTIVASIKAN DIRI

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 



  1. Hidup cemerlang bermula dari mengenal allah secara mendalam.Tahu bertapa berkuasanya dia,yakin bahawa segala sesuatu daripadanya pasti mengandungi hikmah.kita selaku hamba tidak memiliki apapun sedari awal kelahiran untuk kita pasrahkan hidup kepada allah.
  2. Menyedari waktu pagi adalah waktu untuk memperkukuhkan minda,emosi dan hati.Mendahulukan keduka citaan akan menjerumus seseorang kepada hilangnya sifat redha terhadap ketentuan allah terhadap kita.
  3. Akan hilanglah pedoman diri kelirulah agamaseseorang yang meletakkan harta benda dunia diatas nilai dirinya sendiri.Sebarang penghormatan  bukan berdasarkan kekayaan tetapi kemanusiaan dan ukhuwah.
  4. Manusia berusaha kerana keperluan asasi iaitu makan minum dan seluruh keperluan dan biologinya.Tetapi perlu diingat dalam usaha mencari keperluan ini mesti selari dengan hukum halal haramnyasupaya tidak terjerumus ke lembah kehinaan didunia dan akhirat.
  5. Selari dengan pertambahan umur ,maka sepatutnya kefahaman,penghayatan ,pengalaman,dan kecintaan terhadap seluruh urusan agama perlu juga meningkat . Pneguncupan terhadap hal agama adalah kematian sebenarnya.
  6. Jaminan daripada allah untuk bertambah ilmu seseorang itu adalah dengan cara dia mengamalkan setiap apa yang di ketahui .
  7. Apabila angan-angan  kita terhadap dunia mengatasi keghairahan terhadap kehidupan akhirat nescaya akan tercemarlah amalan-amalan yang kita lakukan ,sirnalah keikhlasan.

No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi singgah di blog hana. appreciate it !
Komen yang baik-baik saja ye :) sila tinggalkan url untuk saya datang melawat ke blog kalian.