Kelab Blogger Ben Ashaari

Wednesday, 18 March 2015

Chocolate cheese blueberry

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Terperasankan semalam punya cerita buat cheese cake. Belum sejam kot letak kat freeze anak -anak dah tak sabar nak makan.
aduhai anak-anak ummi tak tahupun korang suka makan. Lagi kat dalam tu ada biscuit oreo.





Apapun tahniah kepada diriku ! yang berjaya buat cheese cake chocolate blueberry ni.
Husband pun suka makan.Tapi katanya masam sikit..Yelah dah cream tu manis lawannya masam lah rasa blueberry to kan masam sikit.
hehehhehee


Monday, 16 March 2015

Mini Pavlova

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Alhamdulillah.. Pagi ni baru sempat post pic mini pavlova. Yang Aku buat malam tadi..
Serious semalam memang letih gila.
sampai pagi ni pun keletihan masih terasa lagi.

Ikut kan Kan Hati Nak sambung tido balik..Hahahha
Amboi Mata ni punya selera tinggi kau...
Opss lari topic.actually Nak cite pasal mini pavlova.
Oklah sebenarnya pavlova ni nak buat nya memang sangat mudah.tapi Sgt leceh..
Bak kata safura kena manja-manja.
Mana taknye...mixer tak boleh Ada sedikit air atau pun habuk..Putih telur xleh Ada sedikit pun kuning telur.. Kalau Ada nanti cake x menjadi..

Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah..
First time Aku buat..menjadi jugak walaupun xsecantik pavlova yg lain...
Test Dan rasa OK.Cuma maringue Tu Aku tak berapa pukul sangat..

Takpe next time Aku buat Aku kena pukul maringue sebaik munkin..

Sunday, 15 March 2015

Letihnya !

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


wah...Letih gila seharian ni.Mana tak nye pepagi aku dah buat pizza utk family.
Tengahari aku dah mencari bahan untuk buat pavlova.
Pastu balik umah konon nak buat pavlova.
Sudahnya pavlova aku siap kul 5pm (Sorry tak sempat nak upload gambar,sebab tak edit lagi)
semalam pun tido lambat bangun awal.
Hari ni pun sama jugalah jawabnye.
Fuh! nasib baik budak tak sekolah cuti seminggu.Esok bolehlah bangun lambat sikitkan.

Yelah petang tadi aku p umah member dia nak buat makan-makan kebetulan aku pun tak bekerja.
Aku tolonglah masakkan kira alah  catering gitu.
Serius mencabar nak manage masak apa utk 20 orang saja.
nilah first time aku buat.
Insyallah..semoga sumenyer berjalan lancar dari deco hingga lah kemakanan.
Mana tahu peluang aku berniaga bermula disini.
Kita Tak tahu rezeki allah tu kan luas.
Asal berusaha untuk maju dan rezeki yang kita dapat tu berkat !.

Insyallah amiinn.semoga semuanya berjalan lancar.

Pizza homemadeby Hana

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Alhamdulillah... Pepagi ahad ni Aku siap Kan pizza dengan menggunakan roti gardenia..
Malas nak buat doh..



Pizza ni sebenarnya memang nak try buat pun sebab tengok orang post kat fb cam sedap je..
Dalam masa yang sama encik hubby pulak request..Alhamdulillah syukur sangat menjadi jugak ye..
Aku ingatkan xjadi..hahahha

Untuk pengetahuan korang resepi ni main campak-campak je..hehehhe

ROTI SARANG LEBAH

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 



BAHAN UNTUK DOH ROTI

  • 2 cawan tepung gandum
  • ½  sudu teh dry yeast
  • ¼ sudu teh garam
  • ½ sudu teh baking powder
  • 1 sudu besar gula pasir
  • ¼ cawan plain yogurt (suhu bilik)
  • ¼ cawan minyak sun flower
  • ½  cawan air suam 
  • Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch (jika suka)


CARA PENYEDIAAN:

  1. Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
  2. Dalam mangkuk adunan, campurkan  garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati. 
  3. Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
  4. Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. INGAT : cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
  5. Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON
  6. Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya
  7. Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak. 
  8. Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
  9. Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes (jika suka) dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. 
  10. Sementara menunggu doh naik ON kan oven anda.Setting 180-200C api atas bawah (ikut oven suhu oven masing2)
  11. Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.Time bako dalam 10-15 minit.
  12. Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
  13. Sedia untuk dihidangkan.


NOTE:-

  • Doh memang lembik.Jangan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.
  • No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
  • Make sure oven benar2  panas supaya ia lembut bak cotton.
  • JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
  • Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.


RESEPI BUTTERSCOTCH SOS

Bahan-Bahan:

  • ½  cawan brown sugar bukan gula merah ok
  • ½ cawan whipping cream(boleh ganti dengan susu cair)
  • Sedikit garam
  • ½ st  vanilla essence
  • 25g butter

Cara Penyediaan

  1. Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
  2. Tuangkan whipping cream (atau susu cair) perlahan2 sambil mengacaunya.
  3. Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.




  1. Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.
  2. Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau.

Renungkanlah !

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Kalau seseorang menghina kita,
Biarkan,jangan di balas hinaannya,
Jika kita membalasnya,bermakna kita sama hina sepertinya,Jaga dirimu...
jaga akhlakmu..
jaga lisanmu..
senyum dan doakan dia...

Mari kita renungkan seketika ayat diatas.
Semoga bermanfaat !

Saturday, 14 March 2015

Kedai Spare part terbakar kat Pjs !

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Tadi lebih kurang dalam kul 10malam lepas kite orang balik dari beli barang kat checkers kat sentosa.
Singgah kejap kat pam petronas. Tetiba asap tebal menyelubungi udara.
Bila tengok je barisan kedai da tingkat berhadapan jambatan motor terbakar.


Mahu gugur jantung aku kejap.Aku fobia dengan benda yang berkaitan dengan api ni.
Mana taknya masa aku kecil dulu duk kat kampung yang di kenali sebagai kampung BDC di sandakan sabah terbakar.
Time tu aku baru 9 tahun.Takaut weh..api merebak cepat sebab rumah rapat-rapat maklum setinggan tak silap aku tahun1995.

Berderau jantung aku.
Menggigil cakap kat suami suh balik.Tak nak tengok api takut.
Hahahahaa







Dah tua-tua takut api lagi..Malu dengan anak-anak aku..hihihihi

Geramnya!

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Haish betullah nak jaga hati sume orang memang susah..
Entahlah kan dah awal-awal cakap kalau ada rezeki dapatlah kalau xde kita nak wat camne betul tak !.
Dari mula aku dah cakap kat hang..Tapi entahlah????
Susahnye aku nak kabo camna.Terima lah yang itu bukan rezeki kita.
Mana tahu xdapat yang ini allah bagi yang lagi better.
Pecraya setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Tak yah nak salah kan aku.Aku cuma boleh buat yang termampu je.
Plezzzz.jangan jadi macam budak-budak awak tu dah mak budak..


Geram dengan perangai adik ni..ishh..ish..
Nak beli barang pesan kat kita.barang dah habis bengang pulak kat kita.
Anggap je dah takde rezeki !

Baby blanket

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Tak lama lagi aku akan dapat anak sedara baru..
sekali tiga orang pulak tu

Ingat nak buat baby blanket utk baby  sume..
Tapi larat ke aku! hehehhe adoi..

Blanket ni yang aku sempat cari kat incik google.(Terima kasih encik google yang banyak membantu ).



Cantik takkk..
Wow rambang mata..hehehe


















rambang mata lelagi kalau singgah kat blog  kak dinah.http://blogamomcrochet.blogspot.com/
sume ada.

Pensonic buat sale !

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Wah! memang gempaklah pas ni...
PENSONIC buat sales tiga hari bermual dari 13/03-15/3 last ahad ni lah.
Memang gila sale dia tahun ni..
Semalam aku p beli oven 35L hanya RM 130 korang tau tak oven tu boleh panggang ayam lagi.
Mixer hanya rm40 sahaja.

Aku xsempat nak update pic yang aku dapat semalam..hahaha
Excited punya pasal.
.Korang pergilah serbu kilang dia kat jalan 223 berhadapan dengan AMWAY.
Tak rugi ! Orang kata kalau GST dah start dah xde dah sale pas ni.
Memang berbaloi.



Ni aku try google search oven yang aku beli tu besar cam ni.
Bukan nak menunjuk sekadar nak berkongsi kepada yang suka buat cake boleh la serbu hari ni atau pun esok ye..

Sabtu yang menyibukkan !

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Pepagi la aku dah bangun pagi.Walaupun cuti sekolah dah bermula.
Tapi tugasan sebagai Suri rumahtangga tetap berjalan seperti biasa.
Tugasan makin bertambah.

Aktiviti pun banyak di habiskan di rumah bersama anak-anak.
Kenapa aku kata menyibukkan! ye sebab anak-anak akan request berbagai makanan seperti cake,biskut ada saja yang mereka akan request.

Alhamdulillah..sebenarnya bukan merungut..tetapi suka..hahahhaha
pepagi ni selepas menyiapkan sarapan aku cuba meluangkan masa sedikit utk menghapdate entri sebelum anak-anak bangun tidur. Biasa mereka akan bangun lambat.

ARGHH.Ternyata tekaan ku silap...anak aku boleh pulak bangun awal..aduh!
satu pun xboleh jalan keje aku camni..Bukan apa perangai yang mengada-ngada nak kena layan macam putri raja..
Duhai anak..!

samosa rangup inti ayam

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Alhamdulillah..akhirnya samosa aku dah siap..
ni baru first time buat akhirnya jadi juga..
heheheh...


Thursday, 12 March 2015

Giveaway Cash RM500 2015 by Emas Putih

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

As-Salam
[Sila Klik Banner Diatas If Nak Join]

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang
Hadiah Misteri Exclusively by Azanis x 3 Pemenang

Mula : 10 Mac 2015 | Tamat :24 Mac 2015



MOTIVASIKAN DIRI

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 



  1. Hidup cemerlang bermula dari mengenal allah secara mendalam.Tahu bertapa berkuasanya dia,yakin bahawa segala sesuatu daripadanya pasti mengandungi hikmah.kita selaku hamba tidak memiliki apapun sedari awal kelahiran untuk kita pasrahkan hidup kepada allah.
  2. Menyedari waktu pagi adalah waktu untuk memperkukuhkan minda,emosi dan hati.Mendahulukan keduka citaan akan menjerumus seseorang kepada hilangnya sifat redha terhadap ketentuan allah terhadap kita.
  3. Akan hilanglah pedoman diri kelirulah agamaseseorang yang meletakkan harta benda dunia diatas nilai dirinya sendiri.Sebarang penghormatan  bukan berdasarkan kekayaan tetapi kemanusiaan dan ukhuwah.
  4. Manusia berusaha kerana keperluan asasi iaitu makan minum dan seluruh keperluan dan biologinya.Tetapi perlu diingat dalam usaha mencari keperluan ini mesti selari dengan hukum halal haramnyasupaya tidak terjerumus ke lembah kehinaan didunia dan akhirat.
  5. Selari dengan pertambahan umur ,maka sepatutnya kefahaman,penghayatan ,pengalaman,dan kecintaan terhadap seluruh urusan agama perlu juga meningkat . Pneguncupan terhadap hal agama adalah kematian sebenarnya.
  6. Jaminan daripada allah untuk bertambah ilmu seseorang itu adalah dengan cara dia mengamalkan setiap apa yang di ketahui .
  7. Apabila angan-angan  kita terhadap dunia mengatasi keghairahan terhadap kehidupan akhirat nescaya akan tercemarlah amalan-amalan yang kita lakukan ,sirnalah keikhlasan.

Tuesday, 10 March 2015

cara mengerjakan solat Dhuha

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Disini aku ingin mengongsikan tentang cara solat sunat dhuha.
Yang aku amik dari shafiqalbu.
Aku sangat suka cara penyampaiannya yang bersahaja dan mudah di fahami.




Cara Mengerjakan Solat Dhuha

Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialahlapan rakaat.
.
1.  Niatnya:
.
.
2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
.
a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i/  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/  Al-lail dan Al-Insyirah.
.
b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i/  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas
.
.
3.   Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:
.
.
4.   Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:
.
.
5.  Berdoa
.

Fadhilat Solat Dhuha

Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman:“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya ".  (HR. Haklim dan Tabrani).

Monday, 9 March 2015

Lazatnya Tamar Cocoa !

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang)

Kat sini aku nak berkongsi sedikit tentang kelebihan tamar cocoa yang sedang laris.
Tapi kita tak dapatlah kat pasaran hanya boleh dapat melalui agent-agent yang berdaftar dengan syarikat ni.
Kami sekeluarga pun mengamalkan meminum  tamar cocoa yang lazat dan enak ini

Tamar cocoa ni di keluarkan oleh syarikat bumiputera ya itu AL-HADAD holding.
berat tamar cocoa ni ialah 900gm hanya RM21.00.




kelebihan tamar cocoa dan madu meh kita lihat di bawah.


  • kurma dengan zat besi sangat sesuai bagi orang yang mengalami masalah anemia.
  • kandungan salasilah (sejenis zat yang menyerupai aspirin)dalam kurma boleh bertindak seperti ubat kerana ia mapu mencegah pembekuan darah dan juga bertindak sebagai anti keradangan dan menurunkan tekanan darah.
  • kaya dendan khasiat protein,serat,glokusa,vitamin ABC,sodium serta pottassium.
  • kurma membantu proses pembesaran,merangsang minda kanak-kanak serta perkembangan otak bayi.
  • koko melambat proses penuaan.
  • koko meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan
  • koko apabila di campur dengan susu dan gula akan menjadi minuman yang berkhasiat
  • kesan antioksida adalah diperolehi daripada kandungan polyphenoid yang tinggi seperti flavanoids.


jika berminat bolehlah roger saya ye kat num 0122350610 atau pun follow IG saya (Zanzara_Dstore)

bye...

Baggy shirt -knited cotton

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Baru ada kesempatan ku nak menghapdate blog orked ni.
Kat sini aku ingin berkongsi sedikit tentang jualan baju yang aku buat secara online.
Alhamdulillah tak banyak sikit.
Baru nak kembali aktif balik dalam dunia bisnes ni..

Rajin mehlah singgah sekejap cuci mata manatau ada yang berkenan kan dengan baju-baju di bawah.

material kain daripada knited cotton,sangat selesa dan tak panas.
Sesuai dengan keadaan cuaca kita kat malaysia.


CODE ;- FCB T01 
Blouse knited  cotton
RM 30 sehelai.









Jika berminat tu bolehla roger-roger ye.
TQ :)

Friday, 6 March 2015

Maafkan aku wahai suami (Pahrol md Juoi)

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




kadang-kadang aku rasa akulah
isteri yang terlalu banyak menerima
sedangkan engkau tak pernah meminta

Kadang-kadang aku rasa
akulah isteri yang baru terjaga sedangkan engkau tak pernah terlena
kadang-kadang aku bersuara tampa berfikir
semua perkataanku menjadi salah
datanglah kesini dan pegang \tanganku
sementara aku cerita kehidupan isteri
harap di mengerti

kadang-kadang aku sakiti hatimu
apabila kutolak sentuhanmu
bukan bermaksud aku kurang menyayangimu
namun cavaran terlalu

kadang-kadang aku berubah pada pandanganmu
tapi sayang,itu tidak benar
Tiada apa yang paling aku hargai
daripada kehidupan manis bersamamu

Kadang-kadang ku fikir sejuta tahun
adalah terlalu singkat
hanya aku beritahumu
betapa sayangnya aku
betapa syukurnya aku
kau pelindungku

Kadang-kadang berjauhan denganmu
akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita
mencipta kerukunan berkeluarga
namun aku tetap aku yang ini
Maafkan aku wahai suamiku!

Usah Takbur

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Salam jumaat
marih kita renungkan
Aku masih teringat masa zaman sekolah dulu ada satu nasyid tentang takbur ni..




Jangan sombong dan takbur hasad denki yang kotor jadi makanan ulat dalam kubur.
Biar merendah diri tinggi hemah berbudi..
Jadi kenangan akhir hayat nanti.
Marilah kita sama berdoa harap keredhaan yang maha esa.
tuntutlah ajaran rukun iman..
Kejayaan hanya dengan jalan bertakwa.


Thursday, 5 March 2015

maafkan daku

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




sahabatku..
andai esok diri ini tiada lagi
maafkan daku
andai ada terlanjur bicaraterkurang bahasa,terguris rasa.Sesungguhnya daku hanya insan biasa..
hamba allah seadanya..

Sunday, 1 March 2015

Musafir cinta

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Aku musafir yg mencari kebenaran. Seorang manusia yg mencari erti kemanusiaan di antara manusia. Seorang warganegara yg mencari negerinya kemuliaan, kebebasan, kestabilan & kehidupan yg baik dlm naungan Islam yg hanif.

Jaga mata hati

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan nama allah yang maha pemurah dan maha penyayang)

gambar hiasan


"Ya allah.. bersihkanlah hatiku dari berprasangka ,
bersihkanlah amalanku daripada riak,
bersihkanlah tanganku daripada yang haram,
bersihkanlah lidahku daripada yang dusta,
bersihkanlah mataku daripada kecurangan,
sesungguhnya engaulah yang maha mengetahui,setiap jelingan mata yang curang
dan segala sesuatu yang tersembunyi di dalam kalbu"

Saturday, 28 February 2015

GIVEAWAY NOVEL ALAF 21 BUAT RAKAN BLOGGER ZAMANI ABE

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Seperti yang Zam janjikan, Zam dengan ini merasmikan GIVEAWAY NOVEL ALAF 21 BUAT RAKAN BLOGGER ZAMANI ABE untuk penyertaan semua blogger.

Zam mencari 2 pemenang bertuah menerusi undian RANDOM.ORG untuk menerima sebuah novel Alaf 21 setiap seorang. Novel-novel ini berharga dalam linkungan RM20 sebenarnya, tetapi sempena Pesta Buku Big Bad Wolf baru-baru ini, Zam mendapatkannya pada harga yang cukup murah, jadi Zam terfikir untuk menghadiahkannya pada pembaca bertuah :)

Apa yang perlu dilakukan,

  1. Sediakan satu entri di blog anda dengan tajuk GIVEAWAY NOVEL ALAF 21 BUAT RAKAN BLOGGER ZAMANI ABE
  2. Letakkan banner Giveaway diatas, masukkan pautan (link) ke entri giveawayini, dan publish
  3. Sertakan link penyertaan anda di ruangan komen di bawah.
  4. Masukkan juga blog Zam dalam list blog peserta. Ini bagi memudahkan anda mengetahui keputusannya nanti.

Tarikh tutup, Khamis minggu depan 5 Mac 2015, pada pukul 2. Jadi jom sertai segera :)

Friday, 27 February 2015

Khasiat Susu

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Rasulullah (SAW) berkata bahawa susu dari kamu dari haba dari jantung
seperti jari dari kamu peluh dari dahi. Ia menguatkan belakang,
meningkatkan otak,
memperbaharui visi dan memandu dari kealpaan.

Oleh itu mari kita amalkan meminum susu yang kita sedia
maklum baik untuk kesihatan.

Madu Makanan sunnah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 






Rasullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi. Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:

1.Menghilangkan balqham (kahak/lendir) 
2. Mencuci perut 
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar 
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu 
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam suatu bekas.

UNIKNYA PULAU BERHALA

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Pulau berhala ni terletak berhampiran laut kawasan sim-sim Sandakan .kalau lalu highway sim-sim boleh nampak bukit berhala ni dari dekat. Dari sim-sim kena amik bot utk menuju ke pulau berhala. perjalanan hanya lebih kurang 10 minit sahaja dari pelabuhan.

Mengikut kata orang tua tempat ni “ berhantu “ betulke ?
Meh kita terjah..

Jika anda datang  ke Sandakan Sabah, jangan lupa singgah ke Pulau Berhala. Pulau ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin melepaskan stress dan mencari ilham. Terdapat 2 buah  bukit batu pasir yang bercantum dengan ketinggian 600 kaki dari paras laut. Kawasan curam bukit tersebut merupakan kawasan hutan simpan yang mengandungi pelbagai tumbuhan yang  hanya boleh dijumpai di kawasan pinggir laut. Selain itu, terdapat gua yang sangat unik dan cantik.

Namun, disebalik keindahan pulau ini tersembunyi misteri dan dikhabarkan merupakan kawasan yang keras (berhantu).  Pulau berhala memiliki sejarah yang kurang diketahui oleh penduduk setempat. Sebelum perang dunia kedua, pulau ini menjadi tempat pengumpulan pesakit Kusta. Semasa perang dunia kedua, penjajah jepun menjadikan pulau ini sebagai pusat tahanan perang dan Agnes Keith adalah salah seorang dari tahanan penjajah jepun.

Saya sudah pun mengunjungi pulau ini, tiada yang misteri sangat pun, tapi jika anda seorang yang berani marilah berkunjung ke pulau ini.

Thursday, 26 February 2015

tudung aidijuma

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Alhamdulillah.. Sampai gak tudung yang aku order kat member Cod kt petaling jaya.
Kali ini aku nak kongsilah sedikit tentang kain tudung aidijuma sekarang ni makin sedap pakai. WL lagi cantik dan senang bentuk Dr Gl..serius sebelum ni aku beli WL kain xdelah berapa soft sgt..
Tapi yang ni memang soft dan senang bentuk..Xyah Iron. pagi tadi aku nak g keje aku terus pakai xbasuh..kelam-kabut punya pasal..
Memang puas hati..jom dapatkannya..sekarang kalau xnak g butirannya. Beli je lah melalui online..

ISTIMEWANYA WANITA

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



"Ketika Allah menciptakan wanita, Malaikat datang dan bertanya,
"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Ya ALLAH ???"
ALLAH menjawab:
"Sudahkah engkau melihat dengan teliti setiap apa yang telah aku ciptakan untuk wanita?"
Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".
Malaikat menjawab dengan takjub :
"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!"
ALLAH menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".
Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,
"Ya Allah, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"
ALLAH menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."
"Untuk apa???", tanya Malaikat.
ALLAH melanjutkan :
"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan, kerisauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan kebanggaan, serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.
Wanita dapat mengatasi beban lebih baik daripada lelaki, dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,
Dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis,
Menangis saat terharu, bahkan tertawa ketika ketakutan.
Dia berkorban demi orang yang dicintainya,
Dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,
Dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,
Dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,
Dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.
Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,
Tapi dia mampu mengatasinya.
Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.
ALLAH S.W.T berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk tubuh yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.
Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."
"CINTANYA TANPA SYARAT".
ALLAHUAKBAR...