Kelab Blogger Ben Ashaari

Friday, 27 February 2015

UNIKNYA PULAU BERHALA

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Pulau berhala ni terletak berhampiran laut kawasan sim-sim Sandakan .kalau lalu highway sim-sim boleh nampak bukit berhala ni dari dekat. Dari sim-sim kena amik bot utk menuju ke pulau berhala. perjalanan hanya lebih kurang 10 minit sahaja dari pelabuhan.

Mengikut kata orang tua tempat ni “ berhantu “ betulke ?
Meh kita terjah..

Jika anda datang  ke Sandakan Sabah, jangan lupa singgah ke Pulau Berhala. Pulau ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin melepaskan stress dan mencari ilham. Terdapat 2 buah  bukit batu pasir yang bercantum dengan ketinggian 600 kaki dari paras laut. Kawasan curam bukit tersebut merupakan kawasan hutan simpan yang mengandungi pelbagai tumbuhan yang  hanya boleh dijumpai di kawasan pinggir laut. Selain itu, terdapat gua yang sangat unik dan cantik.

Namun, disebalik keindahan pulau ini tersembunyi misteri dan dikhabarkan merupakan kawasan yang keras (berhantu).  Pulau berhala memiliki sejarah yang kurang diketahui oleh penduduk setempat. Sebelum perang dunia kedua, pulau ini menjadi tempat pengumpulan pesakit Kusta. Semasa perang dunia kedua, penjajah jepun menjadikan pulau ini sebagai pusat tahanan perang dan Agnes Keith adalah salah seorang dari tahanan penjajah jepun.

Saya sudah pun mengunjungi pulau ini, tiada yang misteri sangat pun, tapi jika anda seorang yang berani marilah berkunjung ke pulau ini.

No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi singgah di blog hana. appreciate it !
Komen yang baik-baik saja ye :) sila tinggalkan url untuk saya datang melawat ke blog kalian.