Kelab Blogger Ben Ashaari

Wednesday, 25 February 2015

Rindu kuih-muih sabah



Oh..rasa rindu yang tak terhingga pada kuih-muih di sabah ni.
Teringat dulu masa kecik-kecik makcik saya selalu buat kuih ni untuk di jual.
Terkadang setiap petang sebelum di bawah tempat jualan.Makcik selalu simpan kan untuk saya.
sebab dia tahu saya suka makan kuih penyaram ni.

Yang uniknya pada kuih ini ialah bila tiba time nak goreng.
Orang yang goreng tu tak boleh bercakap kena duduk sensorang dan diam sambil
goreng kuih penyaram ni.
Ha kalau banyak cakap tak jadilah jawabnya..hahaha.


Kuih Penyaram Lembut

Bahan2:
  • 500g tepung gandum
  • 100g tepung beras
  • 650 air(200ml air pns+450ml air kosong)
  • 3/4 sudu teh garam
  • 500g gula apong/gula melaka
  • Minyak masak secukupnya
Cara2:

  1. Dalam bekas, satukan tepung gandum dan tepung beras.
  2. Dalam bekas lain, bancuh gula apong dengan 200ml air panas (boleh juga dimasak seketika untuk mencairkan gula terutamanya jika guna gula melaka)
  3. Apabila gula cair sepenuhnya boleh lah tambahkan air selebihnya.
  4. Tuang air gula apong tadi ke dalam tepung dan kacau menggunakan hand whisk sehingga sebati. Masukkan garam dan kacau lagi.
  5. Tapis adunan dan perap semalaman.
  6. Panaskan 2/3 cawan minyak masak (guna api perlahan), ambil satu senduk kecil dan tuang adunan di tengah2 kuali. Biarkan sehingga ia masak dari tepi ke tengah barulah diterbalikkan. Toskan minyak. Kuih ini memang dogoreng satu persatu. Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi singgah di blog hana. appreciate it !
Komen yang baik-baik saja ye :) sila tinggalkan url untuk saya datang melawat ke blog kalian.