Kelab Blogger Ben Ashaari

Saturday 4 June 2016

Tissue box cover !


Tissue Box cover.



Assalamualaikum kesayangan....


Hari ni kita update tissue box cover atau lebih dikenali sarung bekas tisu.
Inilah hasil tangan seorang crocheter yang tak seberapa tapi minat dalam seni kraftangan seperti mengait,menyulam manik,menjahit.

Rasa sangat puas bila lihat hasil tangan sendiri di beli oleh insan2 yang menghargai hasil seni kait jarum satu.

Sarung bekas tisu ini di tempah khas dari seorang ibu angkat berniat untuk menghadiahkn bekas tisu ini kepada ustazah yang banyak membimbingnya.

Maafkan saya kerana saya banyak kekurangan dalam dunia berblog tapi dek terdorong oleh minat saya tetap menulis..
sekiranya anda diluarsana xberapa suka dengan cara penyampaian saya harap dapatlah tegur saya yang xsempurna ini.

salam sayang dariku untuk semua..




Wednesday 18 March 2015

Chocolate cheese blueberry

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Terperasankan semalam punya cerita buat cheese cake. Belum sejam kot letak kat freeze anak -anak dah tak sabar nak makan.
aduhai anak-anak ummi tak tahupun korang suka makan. Lagi kat dalam tu ada biscuit oreo.





Apapun tahniah kepada diriku ! yang berjaya buat cheese cake chocolate blueberry ni.
Husband pun suka makan.Tapi katanya masam sikit..Yelah dah cream tu manis lawannya masam lah rasa blueberry to kan masam sikit.
hehehhehee


Monday 16 March 2015

Mini Pavlova

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Alhamdulillah.. Pagi ni baru sempat post pic mini pavlova. Yang Aku buat malam tadi..
Serious semalam memang letih gila.
sampai pagi ni pun keletihan masih terasa lagi.

Ikut kan Kan Hati Nak sambung tido balik..Hahahha
Amboi Mata ni punya selera tinggi kau...
Opss lari topic.actually Nak cite pasal mini pavlova.
Oklah sebenarnya pavlova ni nak buat nya memang sangat mudah.tapi Sgt leceh..
Bak kata safura kena manja-manja.
Mana taknye...mixer tak boleh Ada sedikit air atau pun habuk..Putih telur xleh Ada sedikit pun kuning telur.. Kalau Ada nanti cake x menjadi..

Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah..
First time Aku buat..menjadi jugak walaupun xsecantik pavlova yg lain...
Test Dan rasa OK.Cuma maringue Tu Aku tak berapa pukul sangat..

Takpe next time Aku buat Aku kena pukul maringue sebaik munkin..

Sunday 15 March 2015

Letihnya !

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


wah...Letih gila seharian ni.Mana tak nye pepagi aku dah buat pizza utk family.
Tengahari aku dah mencari bahan untuk buat pavlova.
Pastu balik umah konon nak buat pavlova.
Sudahnya pavlova aku siap kul 5pm (Sorry tak sempat nak upload gambar,sebab tak edit lagi)
semalam pun tido lambat bangun awal.
Hari ni pun sama jugalah jawabnye.
Fuh! nasib baik budak tak sekolah cuti seminggu.Esok bolehlah bangun lambat sikitkan.

Yelah petang tadi aku p umah member dia nak buat makan-makan kebetulan aku pun tak bekerja.
Aku tolonglah masakkan kira alah  catering gitu.
Serius mencabar nak manage masak apa utk 20 orang saja.
nilah first time aku buat.
Insyallah..semoga sumenyer berjalan lancar dari deco hingga lah kemakanan.
Mana tahu peluang aku berniaga bermula disini.
Kita Tak tahu rezeki allah tu kan luas.
Asal berusaha untuk maju dan rezeki yang kita dapat tu berkat !.

Insyallah amiinn.semoga semuanya berjalan lancar.

Pizza homemadeby Hana

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Alhamdulillah... Pepagi ahad ni Aku siap Kan pizza dengan menggunakan roti gardenia..
Malas nak buat doh..



Pizza ni sebenarnya memang nak try buat pun sebab tengok orang post kat fb cam sedap je..
Dalam masa yang sama encik hubby pulak request..Alhamdulillah syukur sangat menjadi jugak ye..
Aku ingatkan xjadi..hahahha

Untuk pengetahuan korang resepi ni main campak-campak je..hehehhe

ROTI SARANG LEBAH

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 



BAHAN UNTUK DOH ROTI

  • 2 cawan tepung gandum
  • ½  sudu teh dry yeast
  • ¼ sudu teh garam
  • ½ sudu teh baking powder
  • 1 sudu besar gula pasir
  • ¼ cawan plain yogurt (suhu bilik)
  • ¼ cawan minyak sun flower
  • ½  cawan air suam 
  • Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch (jika suka)


CARA PENYEDIAAN:

  1. Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
  2. Dalam mangkuk adunan, campurkan  garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati. 
  3. Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
  4. Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. INGAT : cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
  5. Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON
  6. Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya
  7. Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak. 
  8. Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
  9. Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes (jika suka) dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. 
  10. Sementara menunggu doh naik ON kan oven anda.Setting 180-200C api atas bawah (ikut oven suhu oven masing2)
  11. Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.Time bako dalam 10-15 minit.
  12. Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
  13. Sedia untuk dihidangkan.


NOTE:-

  • Doh memang lembik.Jangan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.
  • No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
  • Make sure oven benar2  panas supaya ia lembut bak cotton.
  • JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
  • Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.


RESEPI BUTTERSCOTCH SOS

Bahan-Bahan:

  • ½  cawan brown sugar bukan gula merah ok
  • ½ cawan whipping cream(boleh ganti dengan susu cair)
  • Sedikit garam
  • ½ st  vanilla essence
  • 25g butter

Cara Penyediaan

  1. Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
  2. Tuangkan whipping cream (atau susu cair) perlahan2 sambil mengacaunya.
  3. Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.




  1. Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.
  2. Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau.

Renungkanlah !

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Kalau seseorang menghina kita,
Biarkan,jangan di balas hinaannya,
Jika kita membalasnya,bermakna kita sama hina sepertinya,Jaga dirimu...
jaga akhlakmu..
jaga lisanmu..
senyum dan doakan dia...

Mari kita renungkan seketika ayat diatas.
Semoga bermanfaat !